Rekod tanpa kalah UPB-MyTeam lebur

SAINGAN Piala Malaysia malam ini menyaksikan rekod tanpa kalah pendahulu kumpulan C, UPB-MyTeam lebur apabila tunduk kepada Johor Pasir Gudang 1-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Namun kekalahan ini tidak menjejaskan kedudukan kelab itu yang kini mengumpul 18 mata hasil enam kemenangan untuk memburu tempat ke suku akhir kerana pencabar terdekat iaitu Perlis hanya mengumpul 13 mata.

Dua gol Johor Pasir Gudang hadir pada separuh masa kedua apabila Otelo Ocampos menjaringkan gol pada minit ke-72 dan Faizal Abdullah menjadikan kedudukan 2-0 empat minit kemudian manakala gol saguhati UPB-MyTeam pada minit ke-90 melalui Nazrin Nawi.

Perlis malam ini menundukkan Pahang 4-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan hasil jaringan Philimon Chipeta (minit ke-8 dan 57) dan Azlan Ismail (minit ke-33 dan 63) manakala gol sagu hati Pahang dijaringkan melalui tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-73.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Perak membelasah ATM 5-1 untuk menduduki tempat ketiga kumpulan, memintas Pahang, dengan 12 mata.

Persaingan kumpulan A pula menyaksikan Terengganu memecahkan rekod tanpa kalah Kelantan di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu sejak tujuh bulan yang lepas bermula pada saingan Liga Perdana pada Disember 2007.

Jaringan Zairo Annuar Zailani pada minit ke-36 sudah cukup untuk membolehkan Terengganu meraih tiga mata dengan keputusan akhir 1-0, namun Kelantan kekal pendahulu kumpulan A apabila pesaing terdekatnya Negeri Sembilan tewas kepada Selangor.

Jaringan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-87 membolehkan Selangor mengatasi Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban.

Indra Putra sebelum itu turut memainkan peranan apabila sepakan percumanya pada minit ke-33 tertampan pemain Negeri Sembilan Rahman Zabul ke gawang sendiri untuk mendahului tuan rumah namun K.Ravindran menyamakan kedudukan lima minit kemudian.

Perlawanan di Stadium Sarawak, Kuching menyaksikan Sarawah membelasah Melaka 4-1 hasil jaringan Piousdinho Evwierhoma (minit ke-21 dan 82) dan Joseph Kalang (minit ke-41 dan 50).

Gol saguhati Melaka pula yang menghuni tangga terbawah kumpulan diperolehi melalui Rosaiful Nizam pada minit ke-66.

Saingan kumpulan B pula menyaksikan PDRM menewaskan Pulau Pinang 3-1 melalui jaringan hatrik pemain importnya dari Kenya, Michael Barasa pada minit ke-16, 37 dan 45 manakala gol saguhati skuad Pulau Mutiara itu pula dijaringkan M. Prakash (minit ke-60).

Johor FC yang menewaskan Sabah 3-1 di Stadium Larkin kekal berada di tangga kedua kumpulan setelah dipisahkan dengan perbezaan jaringan walaupun mengumpul mata yang sama dengan PDRM iaitu 14 mata.

Juara bertahan Piala Malaysia Kedah turut menghidupkan peluang ke suku akhir apabila menewaskan Kuala Lumpur 4-1 di Stadium Bola sepak Kuala Lumpur di Cheras. (Lagi laporan klik di sini)

Share and Enjoy: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • De.lirio.us
  • e-mail
  • Internetmedia
  • Live
  • Netvouz
  • Webnews.de
  • YahooMyWeb



Leave a comment