content top round

BERITA GEMPAR! Logo ‘baru’ FAM

  • Author: admin
  • Filed under: Malaysia
  • Date: Apr 20,2008

ESPN minta maaf dengan FAM
KUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.

Logo ‘baru’ FAM yang menimbulkan kontroversiTerbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama ‘Persatuan Kenasepak Malaysia’ (logo atas, logo sebenar di bawah - klik imej untuk paparan - admin) dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.

Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu. (berita penuh di sini)